SimplYanie. Begining of an ending



SimplYanie
Facebook page · Instagram · About NIA · Entries



introduction

Hello there, I am NIA .
please pronounce it as En Ai Ae .
welcome to my blog. Where I share my experiences on my personal life and all sorts of stuff. Hope to see you around! :)


Instagram
Follow @Nazidyanie




footprint

Recent Posts
·
i bid to NuraTiqah
· Boys Men Lelaki Remaja
· Ladies Wanita Perempuan Remaja
· The moment :]
· December wish 2012
· Cinta kerana Allah . Cinta Islamik
· ke hadapan IMPIAN ku...
· Bila Hati dah sebati
· Sayang Dia Kerana ALLAH
· Diagnostik :) I love You


Indah di mata DIA ?
December 16, 2012 | Posted by N.I.A | 2 comment/s
assalamualaikum w.b.t

entry kali ni saya buat untuk remaja perempuan yang dah pun mula sedar ataupun mula mengenali Dosa dan Azab dari Allah . especially untuk sahabat yang berniat ingin menutup aurat bukannya membalut tubuh . semoga mendapat keredhaan Allah dan juga semoga kami beristiqamah dalam menutup aurat . *kebadaranSungguh!

Pesanan : Tolong jangan terasa . entry ini bukan untuk mempersendakan sesiapa . Maaf , dari hamba yang tak seberapa :]

bila hati sudah semakin kuat, semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah dengan memperbaiki penampilan. betul tak ? okey macam mana nak mula ? haha ni TUTORIAL yang baikk punyer boleh tengok dekat sini . baca semua step step tudung labuh tu okey ?

done read the blog ? baca step tudung labuh tu pun dah cukupp :] good ! sebenarnya , saya bukanlah pemakai tudung labuh bidang 60 macam yang dikatakan dalam blog tuu . dekat sekolah , ye saya pakai macam tu . sebab dari form one terlatih begitu . hanya di sekolah dan event event keagamaan . haha dan saya sangat fanatik pada tudung bawal jenis 'bawal exclusive' untuk dipakai sepanjang masa di luar rumah . minat sangat sampai taknak pakai tudung jenis lain . haha !


tapi dalam pemakaian ni , kita kena titikberatkan penutupan segala benda yang ada dekat kita . Alhamdulillah sejak duduk asrama ni , saya dah mula keluar ke mana sahaja dengan berstokin . okey memang tak nafikan , susah untuk seorang perempuan lakukan perubahan drastik dalam diri . walaupun niat tuu sudah lama ditanam . kan kan ? ^^,

Juga tidak mustahil bagi perempuan seteruk GRO boleh berubah menjadi perempuan sebaik ustazah . sedangkan yang bukan islam pun boleh masuk Islam . inikan pula kita sejak azali Islam . lihat betapa indahnya Islam ! 

Boleh untuk kita pakai tudung bawal , tetapi pastikan style kita tuu tidak mendedahkan 'rahsia' seorang perempuan . sebab tu saya sukaa sangatt bawal exclusive . sekurang kurangnya tudung bawal exclusive ni agak labuh sedikit daripada tudung bawal biasa yang ada dekat kedai kedai tu . *promote

just in case bila my mom punya kerongsang hilang entah ke mana masa dekat hotspring ni -,-'
then pergi kedai brooch , beli brooch baru masa balik . 
*tayangtayangbajuintesabersaya haha

Okey kebanyakan perempuan lebih suka silangkan ke bahu macam gambar atas ni kan ? haha bolehhh . tapi tengok juga tempat sekeliling . tengok keadaan jugaa . tengok baju kita jugaa . kalau dah baju ketat , shaping pula tu , kita silangkan ke bahu ? lol mengacau konsentrasi lelaki weh . tak tipuu .

Kita comel di mata umum (manusia) . tapi kita hodoh di mata Allah . 

tolong jangan jadi macam tu . comel di mata manusia , buruk di mata Allah . subhanallah ! okeyy cuba baca apa yang tertulis dekat gambar ni . bestt ! haha 

tekan gambar untuk tumbesaran

Ya Allah ! dunia kini sangat berusia . banyak gambar gambar dalam facebook , twitter yang sangat mengagungkan lengan mereka . duhai sahabat , lengan itu maruah kita . betul ! Okey just nak share , warna pergelangan tangan kita tuu sebenarnya mengukir 'sesuatu' pada mata lelaki . Orang kata warna kulit perempuan boleh menaikkan nafsu lelaki sebab bayangan yang lelaki dapat bila mereka melihatnya . kau orang pernah ke tanya lelaki ? tak pernah kan . malu lah sikit kalau bertanya . betul tak -,-'

Yang tertutup itu indah


Ya ! sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya ? cuba perhatikan kulit buku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit buku yang tidak bersampul. cuba perhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. cuba perhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah ! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

halohai . tugas badar bukan hanya di sekolah . tahniah Yanie . haha ! terima kasih sebab sudi baca . sedikit info untuk kita semua . dan kepada Yana yang banyak tanye pendapat Yanie , Yanie harap sangat dengan niat kite tuu kite akan terus istiqamah dalam mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat . 
.
Saya lebih suka bergaya tudung begini . tambahan pula dengan jubah pemberian maksu dari Indon . haha . that tudung style ! kalau setakat keluar bandar Taiping or pergi tuition tuu , memang itu jelahh gayenye -,- biar orang kata macam makcik makcik , fikir aku peduli ? bhaha xDDD



Saya tidak sebaik malaikat .  saya juga banyak kekurangan .
Maaf kalau tersalah itu dan ini . niat di hati ingin membantu . ikhlas dari hamba Allah yang lemah .
bubye kalian :]