SimplYanie. Begining of an ending



SimplYanie
Facebook page · Instagram · About NIA · Entries



introduction

Hello there, I am NIA .
please pronounce it as En Ai Ae .
welcome to my blog. Where I share my experiences on my personal life and all sorts of stuff. Hope to see you around! :)


Instagram
Follow @Nazidyanie




footprint

Recent Posts
·
Indah di mata DIA ?
· i bid to NuraTiqah
· Boys Men Lelaki Remaja
· Ladies Wanita Perempuan Remaja
· The moment :]
· December wish 2012
· Cinta kerana Allah . Cinta Islamik
· ke hadapan IMPIAN ku...
· Bila Hati dah sebati
· Sayang Dia Kerana ALLAH


Si Gadis Bercinta
December 19, 2012 | Posted by N.I.A | 0 comment/s
Assalamualaikum w.b.t


Holla readers ! i've just got a new friend ! new awesome friend ! baru sehari dah macam beribu hari kami kenal :D haha ! this this this ! facebook . twitter . blog . dia awesome kan ? comel pula ! great ! berkenalan lah dulu . but don't ever tackle her because she is taken :') thank you 

Okey tajuk hari ni ? Si Gadis Bercinta ? woah macam tajuk novel pula . haha . just nak sharekan link yang bagi saya sangatt berfaedah tak terkata . kisah percintaan ? semestinya ! perempuan kalau tak terpaku dengan cerita cerita cinta ni , bukan nama perempuan lah kan ? 


haha tidak dinafikan . itulah kita . kaum hawa yang dijadikan Allah daripada tulang rusuk kaum Adam . Eh ? Betul ke ? dalam kitab Dalilul Falihin , diriwayatkan oleh imam Qurtubi ada mengatakan 

“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,”

ohh begituu . bukan lah dijadikan betul betul dari tulang rusuk lelaki kan . okey enough about that . jom masuk topik kita hari ni . Si Gadis Bercinta . Cinta ! Mungkin sebuah perkataan agung yang  sering membuat seseorang rebah di hadapannya. Segala teori dan argumentasi yang dilontarkan akan lenyap begitu sahaja bila kita sendiri yang mengalami  hebatnya rasa cinta itu mempengaruhi diri kita.

Merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari. Kita selalu merasa kehangatan itu akan terus menyirami diri. Setiap pagi menanti mentari, tidak pernah terfikir akan turun hujan atau badai kerana kita percaya semua itu pasti akan berlalu dan mentari akan kembali, menghangati hujung kaki dan tangan yang sedikit membeku. Mentari ada di sana, dan dia pasti setia.
Kadangkala kita lupa, matahari yang hidup dan mengisi hidup itu adalah hamba dari Penguasa kehidupan, kehidupan kita, kehidupan matahari. Satu masa nanti matahari harus pergi, walau ia tak pernah meminta, walau pinta tak pernah kita ucapkan. 


Mengapa kita melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia ? Padahal kita tahu tak ada yang abadi di dunia ini ? Mengapa ?

Kenapa mesti kita jealous dengan orang yang kita suka walaupun kita hanya nampak dia bermesra dengan saudara kita yang lain ? mengapa ? sebab kita manusia . kita perempuan . perempuan yang mudah menyayangi jejaka dengan tulus tanpa kita sedar . tapi sedar kah kita yang kita langsung tidak pernah jealous dengan manusia yang sering mendekati Allah . hakikatnya , inilah kita . kaum hawa .

Disinilah terletaknya perbezaan jatuh cinta dan membina cinta. Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membina cinta diperlukan dalam keadaan jengkel. Dalam keadaan yang jengkel, cinta bukan lagi wujud dalam bentuk pelukan, melainkan berbentuk iktikad baik memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak .



Jatuh cinta ? Tidak salah . Tetapi cinta lepas kahwin itu jauh lebih baik dan indah kerana kita terus dapat membangunkan cinta . 

Mencari teman hidup memang dimulai dengan jatuh cinta. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun cinta. Bererti mendewasakan cinta sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, mengharigai, berkongsi rasa, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggungjwab :] woah idaman .


So here , sempat saya carikan ciri ciri Gadis idaman Jejaka malaya :


1. Berpegang kepada Agama (taat kepada Allah juga suaminya)

2. Kecantikan Dalaman (Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual marual dirinya hanya untuk mencari nama)

3. Manja (Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelingdung . Namun , sifat manja yang melampau akan menampakkan mereka kurang matured . dan lelaki kurang suka

4. Pandai Menjaga Kecantikan (tidak dipamerkan sesuka hati)

5. Berakhlak mulia (wanita solehah *me want the title haha)

6. Tidak Mempamer Keseksian (lelaki suka tengok aurat perempuan tetapi tidak terlintas niatnya untuk menikahi kerana baginya isteri yang dimahukan adalah special yang hanya dia dapat menatapn rahsia isterinya)

7. Sejuk mata memandang (peramah , sentiasa tersenyum , baik hati , suka menolong , pandai memasak , jual mahal)

tekan untuk tumbesaran dan baca okey !

baca yang malu ituu okey :] so guys , wanita itu indah . perhiasan paling berharga ada dekat diri kita . jadi , jangan mudah memurahkan apa yang mahal ni . Goodluck untuk kita semua . 



cinta berjauhan ? daripada bercinta asyik berjumpa . buang masa . berdating . berpegangan . lebih baiklah bercinta secara berjauhan .  semoga Allah menjaga hubungan kita . hanya doa :')
sekian . bubye